<bgsound src="http://onlinerock.com/clubs/mzln82//the_dandy_warhols_-_we_used_to_be_friends.mp3" loop="infinite"> Budak Johor

Budak Johor

Bukan Kisah Kereta Jepun dan Kangkung...

Friday, February 16, 2007

A dan B

Najis Mughallazah (najis berat) ada 2. Anjing dan babi serta keturunannya (ramai orang akan menulis "babi" secara berkias kerana terlalu kasar bahasanya, tetapi tidak bagi aku, kerana sejak di sekolah agama lagi memang dibaca dalam kitab Ibadat seperti itu. Bila ditanya oleh ustaz "Apakah najis Mughallazah?", tidaklah kami menjawab "lembu kaki pendek" atau "Ba Alif Ba Ya", kami akan menjawab "Babiiii" dengan confidentnya. Ianya merujuk kepada benda, bukanlah kita berniat mencarut.) Bila terkena najis ini, haruslah disamak menggunakan 1 bahagian air tanah bercampur 6 bahagian air bersih.

Mengesan najis ini dari segi zahirnya amatlah mudah, kerana kedua-duanya boleh dilihat dengan mata kasar (bukannya kutu babi, ianya bukan najis). Tetapi bagaimana pula produk yang datang dari benda ini? Berus? Kasut? Barangan kulit?

Ini sebahagian dari tip:

-untuk mengesan bulu babi, dihujungnya jika dihadapkan menerusi cahaya akan kelihatan 3 cabang.

-kulit babi pula terdapat kelompok-kelompok 3 titik sekata (pattern).

-barangan yang dihasilkan dari kulit babi (kasut misalannya) akan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan kulit lain. Barangsiapa yang terpengaruh dengan tawaran harga rendah, baik check terlebih dahulu.

-untuk anjing pula, aku tak berapa pasti untuk dikenalpasti. Yang pastinya janganlah kamu menjadi kolot dengan menghantar email berantai mengharamkan jenama Jack WOLFskin dan Hush PUPPIES. Barangan kulit tidak menggunakan kulit anjing rasanya.

Orang-orang disini selalu membawa anjing mereka menaiki bas atau keretapi, menyebabkan orang muslim seperti aku tidak selesa dan ingin menjauhkan diri. Malahan anjing-anjing ini mempunyai tiket mereka sendiri.

Tip:

-jangan duduk dibahagian hadapan bas atau ditempat meletak basikal di dalam keretapi. Inilah tempat mereka selalu lepak (bahagian yang lapang)

-bila ditanya mengapa mengelak, jawablah sahaja anda takut anjing atau allergic dengan bulu, sebab ianya akan menjimatkan masa dari menerangkan kepada mereka tentang najis Mughallazah, kenapa anjing haram dalam Islam dan seterusnya hingga anda letih nak menjawab.

-jangan mengada2 menegur anjing tersebut walaupun rakyat Malaysia peramah pada umumnya.

Tip-tip ini adalah dari pengalaman. Jika anda ada tip-tip yang lebih baik, boleh lah di kongsi, ianya akan menjimatkan masa kita dari menyamak.

Thursday, February 15, 2007

Anak Sapa Lah Ni...

Kad Pengenalan aku yang pertama. Masa Darjah Enam, terjumpa salinannya sewaktu sibuk mengemas dokumen. Sentimental value.

Pergi Tak Kembali

"Wah! Musim bunga sudah tiba!" kata Sang Lebah kepada rakan-rakannya.
"Marilah kita pergi mengutip madu"
Lalu terbanglah Sang Lebah dengan hati manyak sinang melintasi pepohon beri, leladang rumput dan tetraffic light menuju ke tetaman bebunga.
Malang tidak berbau, sesampainya sahaja di hadapan kedai Akin Juweler, cuaca tetiba sahaja berubah menjadi tidak menentu, lalu salji turun dengan dahsyatnya, menyebabkan anak-anak muda dari Malaysia yang menginap di tingkap atas kedai Akin Juweler menarik selimut dengan enaknya.
Cuaca yang tidak menentu di Jerman membuatkan Sang Lebah tertipu, lalu mati beku di timbunan salji di depan tingkap bilikku.
Kes ini telah dirujuk didalam thesis "Kesan Pemanasan Suhu Dunia Kepada Serangga" dan "Bagaimana Mencari Tempat Mendarat Yang Sesuai Ketika Terbang Didalam Ribut Salji".

Monday, January 22, 2007

Cermin Kegemilangan Silam

Malaysia akan bertemu Singapura pada perlawanan separuh akhir pertama Kejohanan Bolasepak Asean di tempat sendiri pada hari selasa, 23 Januari 2007. Tahniah diucapkan kerana berjaya ke separuh akhir buat kali keempat berturut-turut dan kelima dari enam kejohanan. Malaysia hanya layak sekali ke perlawanan akhir, iaitu di edisi pertama kejohanan sebelum tewas 1-0 kepada Thailand.

Disini video rangkuman perlawanan peringkat kumpulan

Malaysia vs Filifina
Malaysia vs Myanmar
Malaysia vs Thailand

Malaysia gagal menyumbat gol dalam 2 perlawanan terakhir. Ini menunjukkan Malaysia memerlukan jentera serangan yang tajam digeruni lawan. Kita lihat video dibawah, dimana dalam perlawanan Selangor menentang Singapura pada tahun 1986, 2 penyerang Malaysia menunjukkan impak masing2. Zainal Abidin Hassan dengan larian dan ketajamannya, Mokhtar Dahari dengan rembatan deras yang menggerunkan, walaupun jauh diluar kotak penalti.

Selangor vs Singapura 1986

Gol Nizaruddin Yusof menentang Filifina telah disiarkan melalui slot Play of the Day di CNN. Satu lagi gol Malaysia yang pernah aku tonton disiarkan di slot yang sama ialah pada tahun 2003, dimana dijaringkan oleh penjaga gol Malaysia, Syamsuri Mustaffa.

Malaysia vs Vietnam, Sukan Sea 2003

Selamat maju jaya kepada pasukan Malaysia esok. Jangan hampakan peminat bolasepak tanahair seluruh dunia.

Thursday, January 18, 2007

Keno Opo, Dewi Keno Opo

Dah lame aku cari lagu ni tapi tak pernah ada kesempatan untuk mendengar, tapi jumpa dalam youtube.

Hari ini dan Semalam versi jawa dari Jalil Hamid

Diharap sesiapa yang faham bolehlah bagi liriknya untuk nyanyian bersama.

Tuesday, January 16, 2007

Susu lawan Roti

"Susu segar, susu segar, it's fresh and good,
a milk a day, a milk a day, it's all to make your day"

"Roti roti, roti roti, make you strong like me,
come here auntie, buy my roti, you can even eat it plain"

"Kopi susu, any susu, goes with anything!"

"Roti kaya, roti sardin, any roti also can!"

Pertandingan semakin mencabar. Iklan Malaysian Idol di Youtube.

Saturday, January 13, 2007

Pertandingan Menembak Kambing



Uji kepekaan anda dengan permainan ini. Rekod yang aku buat 0.2118 saat. Nasib je tu, sebab kambing yang kedua baru nak berlari aku dah tibai (gambar kambing yang kiri sekali tu). rekod kedua terbaik ialah 0.2216 saat.

Anda bagaimana? Sila-sila...

Friday, January 12, 2007

Harimau Melangkah Bergaya

MALAYSIA 4

FILIFINA 0

Kumpulan A, Kejohanan AFF

Laporan penuh perlawanan di sini.
Malaysia mengetuai Kumpulan A setelah Thailand hanya mampu seri 1-1 dengan juara Pestabola Merdeka 2006, Myanmar.